Wednesday, April 4, 2012

Takdir Allah SWT itu sudah tertulis.

Apabila dikunjung kesempitan, masalah, konflik, ujian,
 kesedihan, musibah yang menggoncang keyakinan kita haruslah 
kembali kepada Allah SWT. 
Tidak usah berterus-terusan melawan takdir dan menyalahkan dunia sekeliling. 
Kita diuji kerana Allah SWT masih sayangkan kita
 dan masih mahu menunjukkan jalan yang lurus kepada kita 
agar tidak dibiar hanyut, leka dan alpa dalam keseronokan. 
Kegembiraan sementara yang belum tentu baik buruknya.

Yakinlah kepada sesuatu yang hilang. 
Sahabat, kepercayaan, harga diri, saudara, 
kegembiraan, kebiasaan, kemewahan, maruah, 
keyakinan diri atau anak akan digantikan dengan perkara yang lebih baik.
Yang pasti yakinlah kita, seyakin-yakinnya
 barulah Allah SWT akan memberi yang terbaik kepada kita.
                                  Bukankah Allah SWT itu mengikut sangkaan kita terhadapNya?
Mari muhasabah diri bersama-sama :)
-petikan dari iluvislam-

2 comments:

siputsedut said...

eh eh..background dia kelip2 love la..=D

*mari bersgka baik dgn Allah.=)*

Biehah said...

hehe....:D