Friday, August 12, 2011

Kelebihan penuntut ilmu.

Abu Darda' berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: 
"Sesiapa yang menempuh perjalanan untuk menuntut ilmu,maka Allah 
memudahkan perjalanannya menuju Syurga. Malaikat akan menaungi 
penuntut ilmu dengan sayapnya kerana redha terhadap perkara yang 
dia lakukan. Semua penghuni langit dan bumi akan memohon ampun bagi 
mereka yang memiliki ilmu pengetahuan,demikian juga ikan di dalam air. 
Keutamaan seseorang yang berilmu pengetahuan atas seorang ahli ibadah 
bagaikan bulan dengan sekumpulan bintang. Ketahuilah bahawa ulama' 
adalah pewaris para Nabi. Dan para Nabi tidaklah mewariskan wang dinar 
mahupun dirham (harta), melainkan ilmu. Maka sesiapa yang mengambilnya, 
dia telah mendapatkan keberuntungan yang sangat besar."
(Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah, Baihaqi, dan Ibnu Hibban)

2 comments:

Anak Wak Mail said...

sebab itulah digalakkan kita manuntut ilmu..

lagi baik jika mengamalkan ilmu tersebut..:)

Biehah said...

Ya betul...kalau ada ilmu tp tak diamalkan pun tak berguna...sbb lama2 ia akan hilang begitu sahaja... :)